blog saya telah di view sebanyak...

hit traffic

Friday, March 11, 2011

TANDA-TANDA kiamat sudah berlaku sejak dahulu lagi..

ramai yg anggap tanda-tanda kiamat sdg berlaku skarang sbb skarang mmg da dkat nk kiamat kn?btol x?yelahh..tsunami dkat jepun..gempa bumi dkat china...dan mcm2 lg tanda kecil..tapiii...sebenar nye tanda2 kiamat dah wujud sjak zaman nabi lagi...aku akan tnjuk kn stu artikel..hope korang bace :)

Tanda-tanda yang sudah muncul dan sudah berakhir:
Ramai yang beranggapan tanda-tanda kiamat hanya berlaku pada masa sekarang dan akan datang. Sebenarnya ianya telah berlaku sejak dahulu lagi. Di antara tanda-tanda kiamat itu ada yang sudah timbul dan telah berakhir, ada juga yang sudah timbul dan masih berkekalan sehingga sekarang dan masa akan datang dan ada juga tanda-tanda yang akan timbul apabila menjelang kiamat nanti.Di antara tanda hari kiamat yang sudah muncul dan sudah berakhir ialah kebangkitan Rasulullah s.a.w. Sudah diberitakan kepada nabi-nabi sebelum ini, bahawa akan munculnya seorang Nabi pada akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.Tanda yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w.:Firman Allah Taala di dalam surah Al-Qamar, ayat 1 yang bermaksud, "Telah dekat (datangnya) hari kiamat itu dan telah terbelah bulan."Demikianlah firman Allah untuk mengingatkan kita akan hampirnya hari kiamat. Bulan telah terbelah beberapa abad yang lalu. Bulan terbelah sewaktu Rasulullah s.a.w. masih di Makkah, ertinya sebelum hijrah ke Madinah. Bulan terbelah kerana penduduk Makkah yang belum beriman menyuruh Rasulullah membelah bulan bagi membuktikan mukjizat kenabiannya. Lalu Rasulullah mengisyaratkan jarinya, tiba-tiba dengan izin Allah bulan itupun terpisah dua. Satu di bawah bukit dan yang satu lagi berada di belakang bukit. Penduduk Makkah hairan ketika itu, pada mulanya mereka menyangka mereka terkena sihir, tetapi pada akhirnya mereka sedar bahawa sihir tidak mungkin mengenai semua orang. Maksudnya jika itu adalah sihir ia mungkin terkena pada seorang dua sahaja, tetapi sebaliknya kesemua mereka menyaksikan kejadian tersebut.Tanda yang muncul setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.:
1. Cerita Rasulullah tentang pertabalan Abu Bakar sebagai khalifah.
2. Pertabalan Umar bin Khattab sebagai khalifah kedua selepas Abu Bakar.
3. Penaklukan Mesir.
4. Hancurnya kerajaan Qaisar dan Kisra.
5. Bertukarnya sistem khalifah kepada kerajaan.
6. Terjadinya fitnah dan malapetaka.
7. Terbunuhnya Usman bin Affan.
8. Timbul pelbagai huru hara selepas kewafatan Usman.
9. Terjadinya peperangan Jamal.
10. Terjadinya peperangan Siffin.
11. Terjadinya peperangan Naharwan.
12. Terbunuhnya Ali bin Abi Talib.
13. Hassan mendamaikan dua kelompok kaum muslimin.
14. Terbunuhnya Husain.

artikel ni aku dpt dr sini..



2 comments:

  1. nice entry...but bole x wat perenggan...senang sikit akak nk baca..tanx 4 sharing sis...=)

    ReplyDelete
  2. oke akak !..later on saya bt perenggan :)

    ReplyDelete